kesihatan anak semakin baik selera makan kian bertambah

Kesihatan Anak Semakin Baik, Selera Makan Kian Bertambah

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE-6

TESTIMONI 20 : NUUR FEIZA NAQUIEB

[Kesihatan Anak Semakin Baik, Selera Makan Kian Bertambah]

Assalamualaikum.

Kali ni Kak Ja nak share dengan semua orang tentang kesihatan anak Kak Ja, Hanis Humaira.
Kak ja panggil dia Maira.

Sebelum umur Maira nak cecah 5 tahun, kerap sangat dia demam. Mudah kena selsema dan batuk. Kalau demam tu, memang ambil masa berhari2 untuk baik. Paling cepat pun 5 hari.

Klinik dan hospital tu memang jadi kunjungan kami hampir setiap bulan. Nasib baik Maira ni jenis yang mudah makan ubat. Jadi, tak perlulah Kak Ja nak ‘bersilat’ time nak bagi makan ubat.

Masa umur Maira 2 tahun, kak ja dah mula bagi Maira Chewable C dan Vitalea untuk kanak2. Tapi Maira lebih suka kan rasa Chew C yang sedap tu. Jadi, itu je lah yang jadi pilihan dia.

Nama pun natural produk. Jadi, takde lah bila makan tu terus sihat walafiat. Ambil masa juga untuk Maira betul2 kuat imun badan dia.

Alhamdulillah.
Umur Maira masuk 5 tahun, dia dah kurang kena demam. Kalau selsema pun, sehari dua dah baik. Kak ja pun perlahan2 bagi dia mealshake. Campur dalam susu dia. Lagi pun Maira ni kurang suka makan sayuran. Jadi, kak ja memang kena pantau apa yang dia makan.

Mula2 tu Maira tak suka minum. Tapi, Kak Ja pujuk dia elok2. Sebab Maira ni ‘picky eater’. Dah lah tak nak makan sayur. Nak makan nasi pun susah. Ambil masa jugak lah nak bagi dia serasi dengan mealshake.

Sampai lah 1 hari tu, Maira asyik minta makan je. Lepas minum susu, minta nasi. Lepas tu, makan roti. Sayur pun dia dah suka makan. Pelik jugak. Dah kenapa selera makan dia lain macam. Dah macam membela plak. Hahaha.

Bila fikir2 balik, baru kak ja teringat yang kak ja bagi dia minum mealshake. Alhamdulillah. Menjadi plan kak ja.

Sekarang ni, kak ja tambah lagi vitamin untuk dia. Bagi dia omega guard. Harap2 sel2 otak dia berhubung dengan baik 

Umur Maira pun dah 6 tahun. Semoga yang baik2 je untuk anak manja ibu ni.

Pada ibu bapa di luar sana, jangan takut laburkan sedikit wang untuk kesihatan anak2 kita. Pastikan kita tau apa produk yang kita bagi dan dari mana sumbernya.

Untuk anak2 yang mula membesar macam anak Kak ja ni, kak ja suggestkan sangat2 berilah mereka Chewable C, Mealshake dan Omega Guard.

Anak sihat, ibu ayah gembira.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *